Ni Kryolan Ultrafoundation.

Kryolan Ultrafoundation Container - RM90 (15g)
Ultrafoundation ni cream foundation lebih kurang macam Kryolan Tv Paint Stick. Boleh cover imperfection mantap!
Beza Kryolan Ultrafoundation dengan Kryolan Tv Paint Stick :
Kryolan Ultrafoundation takda mineral oil. Tv Paint Stick ada mineral oil.
Maka kalau kulit you berminyak you lagi sesuai pakai Ultrafoundation.
Skin you lagi nampak cantik dan natural sbb skin senang absorb foundation yg tak berminyak ni.
Bila senang absorb maknanyer foundation terserap dalam kulit. Oksigen pun boleh tembusla kulit you.
Bila oksigen boleh tembus, maka you boleh pakai foundation ni hari2 :) Best tak. Boleh pergi office melaram2.
Dengan Ultrafoundation, makeup you lagi tahan lama sbb kurang minyak. Maka you pakai nipis jer pun dah nampak cantik meletop2.
Dan maka lagi umpama berita baik untuk you yang kulit berminyak dan sensitive yang nak pakai tv paint stick tapi tak sesuai. Yang pakai Tv Paint Stick rasa panas atau tumbuh ruam2 kecil bersepah!
Hush.. Asyik maka jer....
Untuk kulit kering, tak berminyak sangat macam I, you pakai Tv Paint Stick pun dah meletop! Echeche.. Macam meletop pon! T_T
Tv Paint Stick sesuai untuk kulit kering, dan tak sensitive. Tp yang paling best Tv Paint Stick save budget sket.. He he he..
Baguskan.. Walaupun kulit kering senang berkedut tapi poket tebal. Eh tiba2!
NEXT!

Kryolan Ultrafoundation Veil Wheel - RM130 (30g)
Comel ah!!!
Wheel2 ni semua I rasa comel.. Compact! Complete! Suka bile penuh dalam almari I rasa macam wah wah wah koleksi makeup I......
Okey.. Ni Ultrafoundation bercolor versi untuk meng-naturalize-kan imperfection atau ketidaksempurnaan.
Kenapa you rasa kulit you tak sempurna?
Sebab you ade lebam bawah mata yang dahsyat macam mata panda.
Skin you transparent sampai nampak urat2 biru.. Heee :) Adekan gini?..
Sebab jerawat you merah2 atau parut jerawat you yang dah gelap atau hitam.
Sebab kulit you pucat, kuning sangat, you penat / sakit kulit you macam tak bermaya.
You cover guna the best foundation tebal2 pun tak hilang, tak cantik, tak berseri.
Maka you wajib beli ini!
First warna kuning - Warms skin & counteracts discoloration
Warna ni untuk naturalkan warna biru, purple, mild red.
Maka boleh hilangkan problem dark under-eye circles kalau you kulit cerah. Dark circle tu kan biru2 purple. Lagi boleh naturalkan lebam2 yang biru sebab terhantuk ke.. Dan boleh cover dark spot tanda2 penuaan. Nampak muda dan glow sentiasa. Echeche..
Second warna lavender - Brightens dull or sallow skin
You boleh guna untuk naturalkan warna kuning.
Maka boleh hilangkan problem sebab kulit pucat, kusam, tak berseri. Boleh juga untuk naturalkan lebam yang dah nak baik yang dah tukar color biru jadi kuning2. Haha macam2 la kan..
Boleh juga conceal very dark under-eye circles dan dark spots (jeragat2) kalau you bronze skin tones aka keemas-emasan - haha.. atau melayu macam kita ni coklat la kan..
Third warna hijau - Minimizes redness
Ni untuk naturalkan warna merah. Kalau kulit you ader jerawat, blemishes, blotchy skin merah2. Dan juga lebam yang merah!
Cara pakai sapu foundation kuning / lavender / hijau satu muka atau tempat2 yang bermasalah sahaja.. atas jerawat ker.. kat dark circle je ker.. atau kat lebam tu je ker. Kalau yang problem kulit kusam dull tak glow tu pakai satu muka lah.
Lepas tu you boleh pakai foundation skin color you. Ultrafoundation ker, Tv Paint Stick ker, Dermacolor/Dermacos ker.
Dan last powder!
Tada!!! Skin dah cantik glow berseri2! Tak ada problem lagi :)
Last but not least product kita hari ini.

Kryolan Latex Sponge Wedges - RM25 6pcs/pack
Ini you wajib ada kalau nak sapu cream foundation atau concealer selain guna brush.
Ini you wajib ada sebab sponge ini tak sama macam you beli dekat luar guna 2 kali dah hancur, sapuan tak cantik.
Ini you wajib ada sebab sponge serious sangat pore fine, rapat, padat bile you sapu foundation sangat rata cantik!! Sponge ini made of natural latex.
Ini you wajib ada sebab bila pore fine, foundation you jimat sponge tak serap banyak foundation.
Ini you wajib ada sebab sangat tahan lama, boleh basuh banyak kali dan susah nak hancur atau rosak.
Ini you wajib ada sebab walau mahal sangat berbaloi-baloi.
Serious sangat best!
9 comments:
semua items sgtttttt menarik.. pasti beli... tungguuu...
eee geramnye dgn barang2 akak nie..cam ner i nak dapat ek? nak tau alamt akak kat ner?
Juz nak tanya psl kegunaan kaler veil wheel kryolan tu...kaler ijau tu bkn ker utk lebam2 bawah mata n kuning plak utk pimples n bekas2 pimples?if i salah...tlg bgtau ye coz sy freelance make up artis.selama ni...pahaman sy cmtu.tq!
pinjam gambar ek kak. nak post kat blog saya. ala2 promote jugak laa~
akak, pinjam gmbr ye, nak buh kat blog post. ala2 promote la jugak ni :D
sy nak oder ultrafoundation ni, mcm mana caranya?
Kryolan Utra fondation ni sesuai jugak tak utk org yg combination skin? T zone berminyak.. pipi pula kering...
ader stok lagi takk
salam, nak tanya kalau untuk kulit sensitif foundation mana bagus? yang tv stick foundation or ultrafoundation? kulit maya jenis cerah..suggestkan maya kod warna apa yang sesuai.tq..
Post a Comment