
Okey.
Ramai yang tanya benda yang sama.
Kryolan yang tak tahan lama, tak ori dan tak best.
Kryolan belum glamour macam MAC worldwide. Hanya makeup artist yang mengenal Kryolan. Echeche pepatah baru.
Takpe mari kita berkenalan bersama-sama.
Kryolan ada yang dibuat di kilang di US, di India, untuk cut shipping cost kerana negara mereka besar. Industri perfileman mereka juga besar. Cerita hollywood, bollywood aka hindustan, cerita indonesia pari-pari ajaib pun worldwide weh.. Ramai artis nak kene mekap. So mereka kena ada kilang disana.
Malang Malaysia belum ada kilang disini. So kita tak boleh dapat Kryolan dengan harga murah T_T
Maka apabila Kryolan diimport dari negara-negara exchange rate atau kadar mata wangnya rendah, maka bolehla beli Kryolan dengan harga murah. Contoh kalau diimport dari India dan Indonesia.
Tapi Kryolan kat blog ni masih agak tinggi sebab diimport dari Germany dan USA yang exchange rate lebih tinggi. Dulu jer ada import dari India konon dapat cut cost.
Okey.
Sebab Kryolan belum famous macam MAC, Bobbi Brown, belum ada company yang nak tiru Kryolan. Buat rugi jer tiru benda yang demand tak tinggi sangat macam MAC. Lagi pun Kryolan murah jer semua orang mampu pakai Kryolan yang ori.
Kesimpulannya belum wujud Kryolan tak ori!
Okey.
Kenapa result tak sama kalau Kryolan tu ori? Ada yang mengadu Kryolan dari India tak tahan lama. Baik. Kryolan dari India dibuat untuk kulit orang India di Negara India. Kulit mereka lebih kering. Maka foundationnya lebih moisture atau lembap atau lebih minyak. Cuaca Malaysia panas dan lembap. Kulit kita lebih berminyak dan banyak berpeluh. Alamatnya, dah kulit berminyak, pakai pula foundation terlebih minyak, tangan pula memegang tisu asyik mengelap muka berminyak. Tak sampai 2 jam, berpeluh bagai, foundation pun pudar.
Tapi setengah orang dan i yang kulit agak kering, xda problem pun pakai Kryolan India. Cuma jangan ambil risiko. Belila Kryolan yang tak pernah di complaint lagi dari blog ini. Buat masa ini hanya yang terbaik buatmu disini. Echeche promot. :D
---------------------------------------------------------------
UPDATE!!! 28 JAN 2011
AH. Tak boleh pakai teori kod2 ni dah. Yang dr Germany dtg pun mcm2 kod dah. Ape2 pun jangan risau eh.. Kryolan disini tetap ori dr Germany... Sile la beli
3 comments:
kann... nie mst sbb i tny la nie pencetus kepada post ini? gigig mak hayam kryolan! syabas!
haha.. bukan u jer yang tanya yang.. ramai dah.. hehe.. xlarat akak nak jawab dah.. maka terpaksa postkan ini. :)
elok la post kan sbb kekadang ada org kata if beli online tak ori..takut rosak muka client..
Post a Comment